Tuesday, October 16, 2018


😊 Assalamualaikum, hi. Izinkan kami memperkenalkan diri. Nama diberi Idzlyn Syaida, Afreesyha dan Nur Darwisyah. Kami dari kumpulan B sem 2, Diploma Pengurusan Industri Halal diberi tugas oleh pensyarah kami sir Afdal untuk subjek pengantar pemikiran kritis dan kreatif untuk membuat blog tentang kolej kami iaitu UNITI VILLAGE.

Kolej UNITI ditubuhkan pada1997. Terletak di Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kolej UNITI Port Dickson sentiasa memastikan program yang ditawarkan mendapat akreditasi dari pihak MQA. Malah, Kolej UNITI Port Dickson telah mendapat 6 Stars MyQuest (kategori kolej) menjadikannya antara 10 IPTS terbaik di Malaysia. 
Dengan kelebihan-kelebihan ini maka pelajar sebenarnya mempunyai laluan alternatif untuk pengajian ke peringkat diploma. Sikap bergantung sepenuhnya kepada IPTA tidak lagi lagi boleh dipertahankan terutamanya kepada pelajar yang keputusan SPM mereka tidak cemerlang atau sekadar cukup-cukup makan. Asalkan cukup 3 kepujian (kredit), lulus Bahasa Melayu dan Sejarah anda layak memohon. Selain itu, fakulti kami menawarkan pelbagai kursus Diploma seperti :

1) Diploma Pendidikan dan Asuhan Awal Kanak-Kanak (DPAKK)
2) Diploma Pendidikan Islam Sekolah Rendah (DPSIR)
3) Diploma Psikologi Kauseling (DPK)
4) Diploma Pengurusan Industri Halal (DPIH)







 🌿 LADANG CILI 











Seterusnya, kami juga belajar cara memetik cili dengan cara yang betul serta kaedah penanaman cili yang sistematik di ladang Kolej UNITI. Kami mendapat banyak ilmu tentang berkaitan penanaman cili ini serta ditawarkan untuk bekerja di ladang ini jika mempunyai masa lapang untuk mencari duit tambahan. Kami sangat gembira melawat ladang cili ini kerana mendapat pelbagai ilmu yang sangat berguna. Untuk pengetahuan kolej kami juga bekerjasama dengan Prof Doktor Muhaya dalam memperluaskan pertanian ladang cili ini.































🏡 BRICKS KOLEJ UNITI
Pada tahun lepas, cadangan untuk membina perumahan ini telah dicadangkan oleh Kolej Uniti dan perumahan ini dijangka siap tahun 2020. Selain itu, pihak Kolej bercadang ingin membina 150 buah rumah. harga pembinaan untuk satu rumah ialah RM 300 ribu. Sekarang aktiviti pembinaan rumah masih dijalankan. Seterusnya, projek pembianaan rumah ini akan di luaskan lagi di kawasan yang berhampiran dengan exora iaitu tempat tinggal untuk pelajar perempuan. 

Satu rumah banglo ini boleh memuatkan pelajar sebanyak 10 atau 20 orang. Rumah ni ada empat buah bilik, dan mempunyai lima buah tandas. Rumah ini dibina sangat luas dan selesa.


Semoga kami semua sentiasa kuat dalam menempuh dunia mahasiswa. Ni baru ujian kecil belum lagi yang lebih besar. Moga hati kita sentiasa kuat dalam menempuh ujian mahasiswa.Hehe peace ✌ Terima kasih sudi baca blog kami 💖